Petua sesepuh Melayu

1. Betul, ada ilmu dan petua sesepuh (nenek moyang) tidak boleh dikongsi sebarangan nanti dijadi fitnah. Fitnah terjadi bukan sebab ilmu itu sendiri tetapi sebab si pendengar yang jahil, maka dia menyebarkan sesuatu yang tidak betul.


2. Contohnya, dalam tradisi Islam aurat perempuan seperti rambut dibahaskan dalam banyak kitab klasik, tidak ada persetujuan besar bahawa rambut itu aurat perempuan. Tetapi jika di dengar oleh mereka yang jahil, maka dikatakan ilmu dan pendapat ini liberal atau sesat.


3. Contoh seterusnya, ada petua sesepuh Melayu kita yang jika di dengar oleh sebahagian mereka yang tidak pernah tahu akan dituduh petuah itu syirik lagi khurafat.


4. Contoh seterusnya, pada pertengahan 50an lewat 60an almarhum Syed Hussein Alatas telah berdebat dengan MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) tentang pembedahan kornea mata. Bagi almarhum Alatas, dibolehkan derma kornea mata menurut ilmu sains dan dalil ugama sendiri tetapi bagi MUIS derma kornea mata diharamkan kerana menurut dalil ugama juga. Beberapa tahun selepas itu, kebanyakan ulama setuju bahawa dibenarkan derma kornea mata. Jadi disini, walaupun MUIS adalah institusi ugama besar tetapi mereka masih jahil, apabila almarhum menyatakan bahawa boleh derma kornea mata, dituduhnya haram.

5. Begitulah teman2, ilmu itu harus dikongsi kepada mereka yang ada asas dan lapang dada. Jika diberi kepada mereka yang jahil dituduhnya kita sesat, kafir, syiah (padahal syiah juga Islam), liberal, sekular, khurafat dan lain-lain yang negatif.

From: sharing alip moose

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?