Yin & Yang: Modern Relationship

Dear readers.

Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


Saya suka dengan sharing Kak Huda, senior saya. Berikut adalah sharing untuk readers yang berminat nak tahu apakah kepimpinan, gender dan akauntabiliti dalam sistem kekeluargaan.


1. Banyak pendakwak ustaz yang telah menyebar kedustaan kepimpinan itu milik lelaki semata dengan berdalilkan keratan depan ayat 34 surah An Nisa'. Teman-teman, ayat 34 ini kepimpinan bersyarat bukannya saja-saja dia lelaki maka dia tu pemimpin. 


2. Qawwam bukan bermakna ketua, tetapi penanggungjawab keluarga yang menguruskan keluarga, bukan ketua yang semberono layak menuntut taat tanpa bantah macam tentera pada ketua dia teman-teman. Kenapa dalam ayat itu disebut lelaki yang menjadi qawwam kepada perempuan? 

3. Pertama: بما فضل الله بعضهم على بعض - menjadi orang yang bertanggungjawab menjaga urusan keluarga kerana sebahagian mereka diberi kelebihan oleh Allah berbanding yang lain. Hum di sini tak spesifik sebut lelaki atas perempuan, maka ia membuka  ruang untuk difahami bahawa perempuan juga boleh diberikan kelebihan itu. Nah di sini persoalannya, apa kelebihan-kelebihan itu. Perlu diingatkan kelebihan ini adalah kelebihan yang mereka dapat, bukan yang mereka ada. Bermakna ia tidak natural. 


4. Petunjuknya pada perkataan فضل, yakni 'Tuhan beri dan kurniakan'. Dapat dengan sebab apa? Pada ketika ayat ini diturunkan, struktur sosial masyarakat Arab memberi kedudukan lelaki lebih banyak daripada perempuan dalam pemilikan harta, kuasa dan posisi sosial. Masyarakat Arab hidup bersistem sosial tribalistik yang memang bersandar penuh pada tanggungan dan keketuaan ketua keluarga, ketua puak, ketua kaum, dan kabilah. 


5. Dan frasa ini juga sedang menyatakan hanya sebahagian saja yang diberi kelebihan, bermakna tak semua lelaki mendapat kelebihan tersebut. Dalam masyarakat patriarkal Arab, lelaki super maskulin itu di level tertinggi, yang hamba, lemah dan kurang maskulin itu diletakkan di level bawah. 


6. Jadi, memang status quo qawwam itu kepada lelaki secara umum ketika ayat ini diturunkan kerana ia adalah berasaskan kepada struktur sosial dalam masyarakat Arab ketika itu. 


7. Kedua: وبما أنفقوا من أموالهم -  dan dengan apa yang mereka beri nafkah dengan harta mereka. Jadi yang tak beri nafkah, tidak layak diberi kedudukan penjaga. Tapi kita tengok hari ini ramai sahaja lelaki mahu ditaati sebagai ketua keluarga tapi nafkah pun culas, kebajikan anak-anak dan isteri pun haram jadah terabai, padahal ikutkan ayat ini, dah tak layak dah dikatakan sebagai qawwam. 


8. Jadi persoalan qawwam ini adakah ia merujuk kepada kepimpinan lelaki, tidak, ia adalah tentang kebertanggungjawaban lelaki sebagai penjaga keluarga yang diikat dengan konteks sosial dan syaratnya. Adakah ia tentang kepimpinan dalam keluarga yang menuntut ketundukan dan taat isteri tanpa bantah? Tidak sama sekali, kerana ayat ini asalnya diturunkan dengan sebab isteri yang menyakiti suaminya lalu dipukul suaminya, Quran menurunkan ayat ini supaya mengingatkan jangan buat benda tak elok pada orang yang menjaga kamu, dan mengingatkan penjaga keluarga supaya menjaga keluarganya secara tidak langsung. Saya tidak mahu ulas panjang tentang tafsir ayat pukul itu kerana itu memerlukan penjelasan lain. 


9. Adakah qawwam ini hanya lelaki sahaja? Tidak, kerana qawwam ini adalah pada syaratnya seperti yang disebutkan di atas, bukan gender atau jenis alat kelamin. Tidaklah absolute yang menjadi qawwam ini lelaki yang mempunyai zakar, tetapi dalam ayat ini rijal itu adalah gender maskulin atau secara konteks yang lebih mudah kita katakan adalah maskuliniti. 


10. Boleh jadi perempuan juga memiliki maskuliniti, dan masyarakat Arab memang tidak bermasalah menerima maskuliniti perempuan, (kita ni Melayu ja yang bangang paksa semua perempuan jadi feminin). Di zaman Arab kuno itu, sudah ada namanya mutarajjilat, perempuan maskulin. Kenapa disebut rijal, bukan zakar dalam ayat ini, kerana tidak semua lelaki itu rijal dan boleh menjadi qawwam keluarga. Ayat ini sedang menunjukkan fakta sosial Arab ketika itu. Jadi, dengan berubah struktur sosial di mana-mana tempat dan mana-mana zaman, yang kekal absah sebagai penentu qawwam hanyalah dua syarat tadi. 


11. Adakah kepimpinan lelaki absolute yang selalu dicanangkan ustaz-ustaz ini benar? Salah, sama sekali salah dan ia adalah kedustaan yang direka-reka. Kita diingatkan oleh Allah akan kewujudan seorang raja perempuan yang memimpin kerajaan yang kaya raya dan makmur, serta demokratik dan adil yang bernama Balqis dalam surah An Naml. Adakah takhtanya itu terlucut? 


12. Tidak, bahkan dia menunduk di hadapan Tuhan sama tinggi dan rendah dengan Sulaiman yang juga seorang raja. Jadi, dengan peringatan tentang cerita Balqis ini, kepimpinan perempuan dilarang dalam Islam itu hanya sekadar mitos direka-reka oleh lelaki2 misoginis dan patriarkis yang tidak mahu menerima kepimpinan perempuan dan menelan hakikat ia tidak bermasalah pada mata Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?