Aku ini binatang jalang, dari kumpulanya yang terbuang

Dear diary.


1. Aku sedang mentelaah buku arwah Pak Kassim. Aku tak berani nak cakap terus terang pada public tentang pendapatku pasal Pak Kassim pada semua kawanku. Mungkin segelintir saja yang pemahamannya pasal Islam tidak konvensional.


2. Alasannya adalah mereka tidak memahami Pak Kassim. Apa yang mereka lihat adalah Pak Kassim yang sesat, anti-hadis, dan menolak Quran, liberal tua, sekular, atheist dan bermacam-macam lagi jadah dia tuduhan-tuduhan pada Pak Kassim.


3. Paling lucu, mereka tidak pernah membaca karya Pak Kassim. Ianya cuma perception.


4. Begitu juga dengan mama dan ayahku. Mereka terlihat terlalu mengikut kata-kata majoriti. Aku tak berani mau membetulkan perception mereka sebab nanti akan berlaku pergaduhan.


5. Pak Kassim murtad, sesat, keluar daripada Islam. Jenazah Pak Kassim tidak boleh dikebumikan dalam perkuburan orang Islam. Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut Ustaz Zamihan dulu.


6. Tetapi cubalah kamu berfikir: mengapakah Tuhan mencipta semua orang-orang yang pelik ini?


7. Tuhan mencipta Syeikh Siti Jenar. Tuhan mencipta Suhrawardi. Tuhan mencipta Al-Hallaj. Erti kata lain, Tuhan mencipta mereka yang pelik-pelik. Yang aneh. Tak sama dengan konvensi, dan pemahaman masyarakat umum. Yang akhirnya mencabar legitimasi (keabsahan) - dalam sains politik kita panggil 'to strenghten the politics of identity' - meletakkan keabsahan mengapa sesuatu itu perlu diterima masyarakat. Yang mencabar autoriti, malah institusi.


8. Kalau kamu fikir lebih jauh sedikit, macam mana eh, walaupun ribuan tahun berlalu, nama-nama orang ini akhirnya masih disebut-sebut oleh orang? Seperti Chairil Anwar dalam puisinya kata:


'Dan aku akan semakin tidak peduli, aku mau hidup seribu tahun lagi'


'Aku mau hidup seribu tahun lagi' -.....


9. Kamu nampak? Orang-orang ini masih lagi diceritakan oleh manusia yang datangnya terkemudian. Buku, kitab-kitab dan idea mereka masih dibaca, dibincang dengan hangat. Ana al-haqq contohnya seperti yang dilafaz oleh Hallaj, terus dibincang dalam kalangan sufi dan para academician. Iayalah, Tuhan yang kamu percaya, pastilah dengan kuasanya yang Maha Berkuasa, boleh memadamkan saja nama Al-Hallaj yang kamu tidak sukai itu daripada sejarah. Biarkan namanya tidak dikenang. Biarkan sebab dia terlalu pelik.


10. Tapi kenapa sampai sekarang, masih disebut? Kenapa pula nama khalifah yang memenggal kepala Hallaj tidak dikenang oleh orang?


11. Tuhan itu Maha Bijaksana. Ia tak berfikir separuh-separuh masak seperti kita. PadaNya seribu satu rahsia yang tak terucap.


12. Kerana itu, aku berfikir, para agamawan yang sebenarnya telah banyak memecah-belahkan masyarakat, tidak boleh menjadi Tuhan. Tuhan tidak bodoh seperti para agamawan ini. Ustaz yang merasakan dirinya Tuhan, tapi dia adalah si bodoh. Bagaimana orang bodoh seperti mereka mau menjadi Tuhan pula? Tuhan wajib bijak. Jika ia tidak bijak, ia tidak boleh menjadi Tuhan. Kerana itu, agamawan dan ustaz tidak boleh jadi Tuhan, kerana nalar mereka terbatas dan singkat.


13. Lucunya, mereka menyangka, Tuhan mencipta syurga dan neraka untuk mereka.


14. Tetapi sekali-kali tidak. Tuhan mencipta orang seperti arwah Kassim Ahmad.


15. Mungkin betul kata Chairil Anwar:


"aku ini binatang jalang, dari kumpulannya yang terbuang'...








Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?