Apa yang aku dapat? Ianya cahaya!

Dear readers.
Salam.


Hari itu aku mendapat message daripada seorang rakan facebook aku. Dia bertanya pada aku apakah tujuan hidup aku dan apakah yang aku dapat dengan belajar falsafah?


Okay ini, aku mahu cerita experience aku.



1. Teringat soalan aku semasa saya tahun 1 di USM. Semasa itu aku juga sebenarnya sedang mencari tentang Tuhan. Semasa kecil seusia awal 10 tahun, aku mencari jawapan kepada persoalan ketuhanan. Tuhan tak diwujudkan, mengapa Tuhan boleh wujud. Siapa wujudkan Tuhan. Tuhan ada atas lagi yang lagi berkuasa daripadanya yang menyebabkan dia wujud? Siapa? Macam mana boleh ada kuasa macam itu? Datangnya dari luar? Dari dalam? Dari mana punca kuasa? Etc etc etc. Tapi aku tak tanya pada ustaz. Saya rasa soalan itu merepek.
.
.
2.Di USM, kami ada satu rancangan minor iaitu Falsafah. Falsafah yang diajar adalah berjenis-jenis aliran – Falsafah dari Timur, iaitu Cina dan Jepun (Confucianism & Zen Buddhism). Falsafah dari Barat (Klasik barat dan moden kontemporari). Falsafah Islam (dari zaman Farabi, Ibn Sina, sampai Mulla Sadra- yang terkini Seyyed Hossein Nar). So aku, berpeluang untuk mengikuti ketiga-tiga tradisi falsafah tersebut. Pensyarah aku ada yang cina Kristian, agnostic, dan yang beragama islam.
.
.
3. Guru falsafah aku yang pertama adalah dari background falsafah Islam, Prof Zailan yang sebenarnya banyak mencorakkan cara aku berfikir dan melihat dunia. Beliau dilatih dalam falsafah islam dan Sufism di America bersama Prof Nasr. Semasa itu, sebagai pelajar baru masuk, aku banyak terdengar kata-kata negative pasal falsafah. Contohnya nak belajar falsafah nak buat apa? Mana ada prospek kerjaya. Belajar falsafah adalah benda fantasi. Buang masa. Belajar falsafah adalah sesat. Kita dah ada agama kenapa nak belajar falsafah lagi. Kalau ikut falsafah, maknanya agama kita tak relevan? So many criticism.
.
.
4. Tapi masa itu, aku agak berani. Aku tak peduli dengan kata-kata orang. Aku dah dengar side positif yang kata falsafah agak berlainan dengan subjek lain. Tak rugi ambil falsafah sebab ia mengajarkan pasal macam mana kita mau hidup dan kehidupan ini. Tapi masa itu aku tak tahu falsafah juga di dalamnya ada membincang pasal aspek ketuhanan (metafizik). Cabang metafizik dalam falsafah adalah yang paling tinggi dan paling susah sebab ia menyentuh aspek abstrak, dan bukan konkrit.
.
.
5. Kelas falsafah aku pun berlangsung. Aku mula dengan tiga nama besar Greek philosopher, Socrates, Plato dan Aristotle. Aku belajar pasal idea mereka pasal Form (Bentuk). Tapi masa ini prof banyak mengajarku aspek morality dan kefalsafahan – macam mana nak hidup dengan baik. Apa itu etika. Apa itu baik. Mengapa kejahatan wujud. Mengapa ada cahaya dan dan ada kegelapan. Mengapa semua benda dicipta berpasang-pasang. Aku focus pada benda alamiah (natural) yang wujud di dunia.
.
.
6. Tapi, bila satu hari, prof pindah pada subjek metafizik, masa itu prof ajar pasal konsep wujud. Kewujudan. Kewujudan Tuhan. Prof discuss pasal konsep wujud Ibn Sina. Jawapan Ibn Sina sebenarnya dan menjawab soalan aku pasal wujud Tuhan. Masa itu punyalah aku gembiranya! Aku sampai e-mail prof, dan cakap prof: akhirnya prof dah menjawab soalan saya pasal ketuhanan. Soalan yang tak berani saya jawab yang saya simpan selama ini sampai lah hari ini. Mulai hari ini, prof, saya nak faham agama bukan secara taklid, tapi saya nak faham agama dengan kefahaman rational. Saya tak nak ikut-ikutan angguk-angguk beriman pada tuhan tanpa kefahaman. Saya nak faham Tuhan dan saya nak kenal siapa dia. Dan sekarang ini, jalan yang saya dapati sesuai dengan jiwa saya adalah jawapan falsafah.
.
.
7. Masa itu, aku tak toleh ke belakang lagi. Al-Quran adalah kitab agama dan bukannya falsafah, namun Al-Quran juga memperkatakan semua masalah yang melibatkan agama dan falsafah. Agama dan falsafah menyentuh masalah yang berkaitan dengan makna kata2 seperti Tuhan, alam, roh individu,  dan perkaitan antaranya baik dan buruk, dan hidup sesudah mati.
.
.
8. Kalau kebenaran itu sudah termaktub dalam A/Q, dan dalam A/Q sudah ada contoh kehidupan yang sempurna, mengapa perlu berfalsafah? Masih perlu ada falsafah untuk memahami kebenaran dalam A/Q. Walaupun ada kebenaran, tetapi kita masih perlu tahu apakah hikmah di sebaliknya. Contoh : Apakah hikmah manusia ini dijadikan berpasang2.
.
.
9. Walaupun ada kebenaran, hikmah perlu dicari. Hikmah perlu berasaskan kebenaran. Kenapa? Sebab hikmah itu memahami kebenaran itu. Yang penting dalam mencari ilmu adalah memahami kebenaran itu, bukan hanya menerimanya sahaja.
.
.
10. Contoh, apabila kita tidak ada duit. Ya, memang kita bermasalah. Fahaman kita tentang masalah itu dengan mengalaminya secara mental itu ada bezanya dengan tahu secara pengalaman. Selagi kita tidak memahaminya, kita tidak akan tahu. Jadi, pengalaman itu memberi kita peluang, memahami, mengerti dengan lebih mendalam dan lebih baik. Itu sebab falsafah itu perlu dalam memahami kebenaran yang terdapat dalam A/Q.
.
.
11. Maksud akal adalah – mengikat manusia kepada kebenaran. Ia akan mengikat manusia untuk cinta kepada Tuhan. Kebenaran – adalah tidak sama dengan kebenaran rational / kebenaran logical. Kebenaran – kebenaran ini adalah amat mendalam dan luas konteksnya. Kerana akal ini bukanlah hanya akal logik manusia. Kerana logik ini, hanya amat berguna / berkebolehan apabila tentang alam nyata yang dalam ruang, masa dan jisim. Sebenarnya, ada kebenaran yang melebihi ruang, masa dan jisim.
.
.
12. PHILOSOPHY IN ISLAM IS NEVER THEORY. Tetapi teori dan praktikal. Dari awal lagi, Phytagoras kata : philosophy adalah practical. - practical way. Ibn Sina pula kata, Falsafah adalah untuk menyempurnakan jiwa manusia (perfection of the soul). Bagi Suhrawardi, philosophy selain daripada practical pemahaman + pengetahuan, ianya juga seiring dengan penyucian jiwa (the purification of the soul)..
.
.
13. Jadi, berbalik pada soalan tadi, sepanjang pencarian saya dengan falsafah, apakah yang saya dapat? Jawapan saya: Cahaya.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?