New career: Becoming an English Teacher

Dear readers.


1. Hai. Aku tengah dalam proses menyiapkan tesis aku. Semua benda-benda crucial dah siap, cumalah bahagian data analysis aje yang aku kena sibukkan.


2. Aku nak tulis experience aku belajar dalam sains politik. Best woi. Tak sesia aku tukar major program aku dulu itu.


3. Tapi aku rasa malas pula. Perhaps next time ya.


4. Aku akan posting ke sekolah sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah. Aku bukan kos guru masa degree dulu, aku linguistik.


5. Tapi sebab KPM buka tawaran so aku apply dan yeah aku lulus interview. Tips interview? Just be yourself, adik-adik. Tak ada pun formula.


6. Tapi aku tak tahu lagi lah aku posting di mana sebab keputusannya bulan April. Jadi aku di rumah ini tengah nak habiskan data dulu dan jumpa supervisor di UIA sebelum aku blah untuk bekerja.


7. Sebenarnya aku tak berfikir pun untuk jadi guru english semasa aku dalam mood degree di USM Penang. Sebabkan aku tak berapa suka linguistik, aku bercadang untuk menukar bidang lain dan bekerja di bidang lain.


8. Tapi iya lah takdir Tuhan. Pusing-pusing tang itu, dapat itu juga akhirnya. So, aku malas nak fikir apa-apa, aku accept aje offer itu.


9. Tapi aku suka English dulu waktu sekolah disebabkan dulu cikgu English aku very close dengan aku. Sampaikan kerjaya dia pun jadi minat aku juga. Aku cakap aku nak jadi macam dia. Dalam banyak-banyak guru, aku rasa English teacher aku yang banyak bagi impak dalam diri aku.


10. Masa aku habis SPM, aku berfikir nak masuk bidang perguruan. Aku apply KPLSPM (kursus perguruan lepasan SPM) untuk yang belajar di maktab perguruan itu, kos TESL - tapi aku tak lulus temuduga.


11. Masa itu aku rasa sedih lah sebab dunia budak seperti aku masa itu tak berapa enlighten sangat pasal entah berapa banyak kos di universiti. Bila aku masuk universiti baru lah aku tercerah oh banyak bidang lain yang lagi menarik di universiti ini rupanya.


12. Aku masuk USM aku dapat English juga sebab selepas STPM aku apply kos humanities. Mereka beri aku major English. Masa ini niat aku dah terpadam untuk menjadi guru babe. Ye lah, aku dah kenal macam-macam bidang lain.


13. Ini dah nak habis master, akhirnya dapat balik tawaran jadi guru english itu. Aalahai kecilnya dunia.


14. Itulah aku belajar. Di dunia ini kalau kita tak dapat apa yang kita hendak pada waktu sekarang, kita akan dapat di masa hadapan dengan keizinan Tuhan. Yang kelakarnya dulu kita nak sangat tak dapat. Bila dah tak nak pula, dapat pula cita-cita kita yang dahulu. So, itulah namanya rezeki.


15. Aku dah berfikir dah apa benda style yang aku nak ajar pada bakal anak murid aku nanti.


16. Aku kan pelajar falsafah. Aku akan tiru style macam mana Socrates mengajar anak murid dia. Socratic teaching method. Heh! Haha! Aku pun reti main gitar ha, nanti aku nak attract student aku dengan muzik.


17. Next post aku cerita nanti first experience in life dealing with students. Haha. 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?