Posts

Showing posts from 2019

Aku ini binatang jalang, dari kumpulanya yang terbuang

Dear diary. 1. Aku sedang mentelaah buku arwah Pak Kassim. Aku tak berani nak cakap terus terang pada public tentang pendapatku pasal Pak Kassim pada semua kawanku. Mungkin segelintir saja yang pemahamannya pasal Islam tidak konvensional. 2. Alasannya adalah mereka tidak memahami Pak Kassim. Apa yang mereka lihat adalah Pak Kassim yang sesat, anti-hadis, dan menolak Quran, liberal tua, sekular, atheist dan bermacam-macam lagi jadah dia tuduhan-tuduhan pada Pak Kassim. 3. Paling lucu, mereka tidak pernah membaca karya Pak Kassim. Ianya cuma perception. 4. Begitu juga dengan mama dan ayahku. Mereka terlihat terlalu mengikut kata-kata majoriti. Aku tak berani mau membetulkan perception mereka sebab nanti akan berlaku pergaduhan. 5. Pak Kassim murtad, sesat, keluar daripada Islam. Jenazah Pak Kassim tidak boleh dikebumikan dalam perkuburan orang Islam. Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut Ustaz Zamihan dulu. 6. Tetapi cubalah kamu berfikir: mengapakah Tuhan mencip

Apa yang aku dapat? Ianya cahaya!

Dear readers. Salam. Hari itu aku mendapat message daripada seorang rakan facebook aku. Dia bertanya pada aku apakah tujuan hidup aku dan apakah yang aku dapat dengan belajar falsafah? Okay ini, aku mahu cerita experience aku. 1. Teringat soalan aku semasa saya tahun 1 di USM. Semasa itu aku juga sebenarnya sedang mencari tentang Tuhan. Semasa kecil seusia awal 10 tahun, aku mencari jawapan kepada persoalan ketuhanan. Tuhan tak diwujudkan, mengapa Tuhan boleh wujud. Siapa wujudkan Tuhan. Tuhan ada atas lagi yang lagi berkuasa daripadanya yang menyebabkan dia wujud? Siapa? Macam mana boleh ada kuasa macam itu? Datangnya dari luar? Dari dalam? Dari mana punca kuasa? Etc etc etc. Tapi aku tak tanya pada ustaz. Saya rasa soalan itu merepek. . . 2.Di USM, kami ada satu rancangan minor iaitu Falsafah. Falsafah yang diajar adalah berjenis-jenis aliran – Falsafah dari Timur, iaitu Cina dan Jepun (Confucianism & Zen Buddhism). Falsafah dari Barat (Klasik barat dan moden k

A Day with my Little Monsters in Class(!) YIKES!

Dear readers, Salam. 1. Aku sudah hampir masuk 5 bulan setengah mengajar di Kuala Kangsar. Aku dapat sekolah luar bandar. 2. Semua anak muridku semasa pertama kali berjumpa denganku dan 2 bulan yang pertama itu macam teruja betul tengok aku. 3. Ke, ini memang semua guru baru merasai experience ini? Haha. Serious, bodoh. Rasa macam public figure. 4. Aku sebenarnya walaupun sejenis suka bercakap dan gila-gila sedikit, tapi aku tak berapa suka sangat orang kenal ke aku. Cis. 5. Dan, kamu tahu tak. Aku sudah jadi rebel semasa aku baru 2 bulan menapak di sekolah itu. Kah!kah! Ini semua ajaran Dr Maszlee lah ini! 6. Ya, kawan. Dr Mszlee itu bekas pensyarahku. Hubungan kami professional tapi baik. Bila berjumpa seperti kawan baik. Ya, aku ada connection terus kepada seorang menteri. Tapi bagiku, beliau tetap pensyarahku yang mesra dan gila-gila. 7. Tapi apa pun bendanya, aku mau menegakkan apa benda yang patut didapati oleh murid. Bagiku, walaupun soal guru adalah pentin

New career: Becoming an English Teacher

Dear readers. 1. Hai. Aku tengah dalam proses menyiapkan tesis aku. Semua benda-benda crucial dah siap, cumalah bahagian data analysis aje yang aku kena sibukkan. 2. Aku nak tulis experience aku belajar dalam sains politik. Best woi. Tak sesia aku tukar major program aku dulu itu. 3. Tapi aku rasa malas pula. Perhaps next time ya. 4. Aku akan posting ke sekolah sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah. Aku bukan kos guru masa degree dulu, aku linguistik. 5. Tapi sebab KPM buka tawaran so aku apply dan yeah aku lulus interview. Tips interview? Just be yourself, adik-adik. Tak ada pun formula. 6. Tapi aku tak tahu lagi lah aku posting di mana sebab keputusannya bulan April. Jadi aku di rumah ini tengah nak habiskan data dulu dan jumpa supervisor di UIA sebelum aku blah untuk bekerja. 7. Sebenarnya aku tak berfikir pun untuk jadi guru english semasa aku dalam mood degree di USM Penang. Sebabkan aku tak berapa suka linguistik, aku bercadang untuk menukar