Sartre's existentialisme and a happy ending.

Dear readers.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Aku tengah bercuti semester. Alhamdulillah, semester yang baru saja tamat ini menyeronokkan juga.


2. Banyak benda yang aku belajar sebagai seorang pelajar postgraduate political science.


3. Macam mana kah kehidupan aku sekarang? So far so good. Di ambang zaman yang orang kata, tiada pekerjaan untuk mahasiswa, aku masih nekad sambung belajar. Aku macam tak peduli kan, dengan masalah ini?


4. Ada kala aku berasa aku seorang yang juga degil dan terlalu bernekad untuk lakukan apa yang aku hendak buat.


5. Di ambang zaman Revolusi Industri 4.0, scientists kata globalisasi akan mengubah dunia kita. Aku? Entah aku berasa bahawa aku masih lagi berfikir konvensional.


6. Maksud aku, bukan aku tak mahu adapt diri sendiri dengan perubahan suasana dunia akhir zaman, tetapi aku rasa, dalam kita sibuk mengejar duniawi yang tersangat pantas, semuanya di hujung jari, ada satu benda yang aku rasa tertinggal di belakang.


6. Maksud aku -- apakah yang kita semua cari di dunia ini? Boleh kah seseorang menjawab pertanyaan aku?


7. Apa yang kita cari sebenarnya? Apa sebenar-benarnya yang kita cari?


8. Aku rasa macam kita, golongan manusia ini mencari satu benda yang hilang dalam jiwa dia.


9. Jadi, secara di bawah sedar, dia menggantikan pencarian benda yang hilang yang dia tidak jumpa-jumpa itu dengan mengisi kehendak material.


10. Aku tanya kamu lagi sekali -- apakah yang kita semua cari?


11. Pernah kenal Sartre? Dia merupakan seorang French philosopher. Aku suka falsafah existentialisme dia.


12. Aku bukan nak fokus dia atheist atau tidak, aku cuma nak fokus pada apa yang dia kata.


13. Dia cakap, "Human beings are condemned to be free." Apakah maksudnya?


14. Maksud dia, manusia dikutuk untuk menjadi bebas, disebabkan oleh sekali dia dicampak ke dunia ini, dia adalah bertanggungjawab terhadap segala apa yang dia lakukan. Menurut Sartre, manusia adalah bebas untuk membuat pilihannya, tetapi dikutuk untuk menjadi bebas, kerana manusia tidak mencipta dirinya sendiri. Kelihatannya seperti, Sartre melihat kebebasan ini seperti satu sumpahan (curse), kan? Penggunaan frasa 'condemned to be free" pun berbunyi seperti Sartre melihat kebebasan sebagai satu ketidakselesaaan daripada satu rahmat.


15. Sartre tidak percaya Tuhan, jadi dia melihat falsafah existentialismenya seperti ini:

"Kita dikutuk untuk menjadi bebas, kerana kita tidak dicipta sepertimana pisau, yang datang bersamanya tujuan. Tidak ada higher reality yang perlu dipertanggungjawab oleh kita, atau perlu bergantung padanya. Jadi, hanya kitalah yang memberi makna siapa kita sebenarnya."


16. Falsafah Sartre bersifat tidak berTuhan, tetapi bukan itu yang ingin aku ikut, tapi ada satu yang aku suka bila dia cakap, "kita ini dikutuk untuk bebas".


17. Dari sudut pandang beragama, pastilah kita mempunyai purpose sebagai manusia, dan tak seperti yang dikata oleh Sartre.


18. Iya, kita memang bebas. Manusia bebas. Kita tidak dipinta untuk dicipta, kan? Kita tidak minta pun diwujudkan. Dia, Tuhan yang berkeputusan untuk mewujudkan kita.


19. Dalam menempuh akhir zaman, sebenarnya apa yang kita semua buat adalah cuma menjalani jalan hidup kita sendiri.


20. Contohnya, ada orang nak ikut jalan A, dia belajar betul-betul sampai phD. Ada orang lain pula, dia nak jadi kaya-raya. Tapi ada juga setengah yang lain cuma ingin hidup bersederhana, tak perlukan kekayaan dunia, cukup untuk dia survive saja.


21. Begitulah... jalan masing-masing adalah lain. Tapi ada satu soalan lagi akan muncul:


22. Bila kita ikut jalan yang kita pilih ini -- betulkah ia akan bawa kita kepada happy ending?


23. Boleh kah kita dapat happy ending? Ataupun wujud kah happy ending dalam jalan kita pilih itu.


24. Tapi, happy ending ini macam mana? Bentuk material? Atau non-material?


25. Tak apa lah, kawan-kawan. Nanti pun kita semua akan mati. Masa itu, barulah kita boleh bertanya soalan pada diri kita:


Will we get a happy ending?



Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?