Perennial Philosophy (Part II): Universal Timeless Truth - Perennial Truth



Dear readers, Assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.



Image result for religio perennis



1. Setiap komuniti di dunia ini mempunyai Falsafah mereka tersendiri, dan pandangan mereka sendiri berkenaan 'human being'.


2. Walaupun kita mempunyai Falsafah kita yang sendiri, tetapi juga terdapatnya Falsafah yang mengatasi semua perbezaan antara falsafah-falsafah ini.


3. 'Underlying Truth' -- adalah apa yang dimaksudkan di sini -- walaupun dari satu segi kita mempunyai pandangan yang berbeza tentang agama.




4. E.g Human Nature -- Adakah human nature ini baik? Ataupun human nature ini semulajadinya adalah jahat? Atau kita tidak boleh memperkatakan apa-apa mengenainya?


5. Contoh: Ahli Falsafah seperti Mencius ada memperkatakan mengenai ini -- iaitu human nature sebenarnya semulajadi baik. Contoh: Doktrin Islam juga mengatakan manusia secara fitrah dirinya adalah baik dan suci -- begitu juga dalam doktrin agama Zen di Jepun -- manusia adalah 'sacred'.


6. Jelas di sini bahawa apa yang pemikir-pemikir ini walaupun berlainan agama, apa yang dikongsi adalah serupa dan sama messagenya, iaitu -- 'Universal Timeless Truth' -- walaupun mereka bercakap menggunakan bahasa yang berbeza, dan membawa doktrin yang berbeza -- tetapi secara intrinsik ni di dalam message mereka adalah sama.


7. Ini adalah apa yang dipanggil sebagai 'Religio Perennis' -- (perkataan Latin).


8. Terdapat satu ayat dalam A/Q mengatakan -- "Muslim is not allowed to be racism".


9. Tetapi, salah satu masalah dalam dunia ini adalah isu racism.


10. Terdapatnya satu fitrah yang hidup dan sedar dalam diri manusia yang mempercayai Tuhan yang Satu -- oleh itu manusia mempercayai adanya Tuhan.


11. Kita ingin mengetahui tentang kebenaran, samada kita ini Melayu, Cina, India, Caucasian etc.


12. Jika tidak -- bagaimana kita mahu 'make sense' seperti apa yang dicakapkan dalam A/Q? -- Di sebalik semua falsafah-falsafah ini -- mereka berkongsi kebenaran satu yang sama. Kerana mereka membawa kebenaran yang sama.


13. Apa itu 'Universal Timeless Truth'?





14. Religio Perennis -- di sebalik perbezaan agama, kita berkongsi kebenaran yang sama. Kebenaran yang dikongsi bersama itulah dipanggil kebenaran absolute.


15. "They all shared the meaning of the One Absolute"!


16. Contohnya: Implikasi daripada penyataan ini -- bahawa mereka berkata manusia tidak tergolong dalam agama mereka sendiri -- kerana kesemua daripada mereka bercakap kebenaran yang sama.


17. Ianya bukanlah untuk mengatakan bahawa kita tidak tergolong dalam agama kita sendiri, tetapi kamu tidak boleh mengatakan bahawa agama kamu adalah perfect, kebenaran yang hanya kebenaran daripada agama kamu sahaja yang betul.


18. Kerana -- semua agama datangnya daripada Allah.


19. Ini adalah sudut pandang bagi 'the exclusiveness of the religion' -- jika kamu ingin mengetahuai tentang agama, kamu perlu praktisnya sepenuh hati kamu.


20. Jadi -- inilah keseriusan bagi sudut pandang tentang agama itu sendiri.


21. Tetapi, terdapatnya beberapa individu universal/universal man yang menerima idea perennis. Contohnya: Terdapat berpuluh-puluh ribu prophets, dan ada ayat dalam Quran mengatakan -- tidak ada komuniti di dunia ini yang Allah tidak menghantar seorang Nabi sebagai peringatan. Dan kesemua mereka, membawa risalah yang sama. Itulah sebabnya kenapa, kesemua mereka mengatakan perkara yang sama -- kesemua mereka mempunyai isu yang sama berkait antara satu sama lain -- ianya masuk akal!


22. Terdapat banyak perkara di luar sana -- yang tidaklah kita ketahui.


23. Dan itu adalah agama yang ada pada hari ini -- yang datang sebelum prophet Muhammad.


24. Kewujudan agama-agama ini telah lama berada di bumi, malah beribu-ribu tahun.


25. Suhrawardi berkata -- wisdom (kebijaksanaan) adalah daripada Tuhan.


26. Phytagoras juga berkata wisdom daripada Tuhan.


27. Sebab itulah Phytagoras berkata -- Philosophy adalah 'LOVE OF WISDOM, NOT OWN THE WISDOM'.


28. Tetapi -- Suhrawardi tidak diterima oleh masyarakat Moslem.


29. Kita perlu tahu -- sesetengah daripada mereka adalah menerima kebijaksanaan. Sesetengah manusia, Tuhan memberi kebijaksanaan. Kerana, sebelum kedatangan Nabi kita Muhammad, terdapatnya prophet yang ramai yang juga membawa agama yang berbeza, dan sudah tentulah dihantar kepada bangsa yang berbeza, dan di tempat-tempat yang berbeza di dunia ini.


30. Untuk benar-benar memahami Islam, adalah untuk menjadi seorang universalist. Infact, dikatakan bahawa kita memang perlu membuang sifat asabiyah dalam diri kita.


31. Menurut pandangan perennialist -- Jika kita ingin menjadi seorang perennialist -- kita perlu mengakui bahawa kita mempunyai agama kita sendiri.


32. Sekarang, di sini kekeliruan pada pandangan umum itu berlaku -- jika kita menjadi seorang perennialist, kita tidak tergolong dalam agama kita sendiri.


33. Ini adalah salah. Manusia tergolong dalam agamanya sendiri. Tetapi mereka perlu mengakui juga agama-agama lain.


34. Contohnya seperti Jojo. Jojo adalah seorang Melayu. Di sebalik bangsanya iaitu Melayu, dia tidak boleh mengubahnya menjadi seorang bangsa Chinese. Bagaimana untuk mengubahnya, jika sejak pertama lagi Jojo adalah bangsa Melayu? Dengan mengatakan bahawa seseorang tidak mempunyai bangsa mereka sendiri umpama berkata seseorang tidak tergolong dalam agama mereka sendiri.


35. Agama adalah satu kebebasan. Di satu sudut lain -- berapa banyak kebebasan? Adakah ianya absolute freedom?


36. Terdapatnya banyak perkara dalam hidup kita yang berlaku tanpa kemampuan kita untuk mengawalnya.


37. Di sebalik certain determination -- kita benar-benar diberi freedom. Kerana jika terdapatnya paksaan pada sesuatu -- tidak adalah nilai padanya.


38. Jadi, untuk menjadi seorang religious person kita perlu melakukan perkara yang sama -- the good qualities, to submit God, being religious is the shared experience.


39. Tetapi, jika kita melihatnya -- bolehkah kita lari daripada tidak berkongsi apa-apa antara satu sama lain?


40. Di sebalik semua perbezaan-perbezaan ini -- kita berkongsi kebenaran YANG SAMA.


41. Kuncinya adalah -- jika kita jujur kepada nature kita sendiri -- kita berada di landasan yang benar.


42. Contohnya: Hayy Ibn Yaqzan by Ibn Tufayl -- cuba untuk menunjukkan bahawa kemampuan manusia untuk kenal kebenaran, yang berfokus kepada aql. Orang yang  di dalam watak itu membuktikan bahawa walaupun dia tidak pergi ke sekolah, tidak diajar oleh manusia lain, tiada ibu bapa etc -- tetapi dia berjaya untuk sampai kepada certain truth.


43. Ianya adalah kerana fitrah manusia -- yang wujud dalam diri manusia -- kita sebenarnya boleh mencapai kebenaran -- tidak seperti apa yang dikatakan oleh Sceptics.


44. Manusia dicipta dengan keupayaan untuk kenal akan kebenaran -- tetapi sudah tentulah dengan mencarinya, mempraktiskannya.


45. 'Primordial religion' -- fitrah yang telah Tuhan cipta dan letakkan dalam diri manusia, 'the original man' -- Islamic view -- ianya adalah baik, menginginkan kebahagiaan, ia cintakan kecantikan dan mempunyai cinta dan belas kasihan.


46. Sebenarnya pemahaman ini bukan sahaja dalam Islam -- tetapi juga dibincang dalam falsafah Greek.


47. Walaupun mereka adalah orang Greek, tetapi lihat apa yang dikatakan oleh mereka -- ianya memang sama seperti meseg Islam.


48. Apabila kita mengatakan tentang 'human nature' kita mengatakan tentang THE PERFECT MAN.


49. Konsep bagi menggapai kesempurnaan adalah lebih kurang sama. Kita berkongsi perkara ini bersama penganut agama lain.


50. Tidak ada sesiapa yang berbuat sesuatu untuk mendapat kejahatan -- Nobody does something to get bad -- remember Socrates said that? -- That is why nobody does bad knowingly. Human being does not do evil knowingly.


51. Lihat? Socrates bermaksud manusia tidak jahat, dan tidak memilih kejahatan, tetapi kebaikan. Dia memilih tindakannya itu memfokus kepada kebaikan, walaupun samada cara / jalan yang dipilih adalah salah dan tidak bermoral -- di akhirnya adalah kebaikan yang akan didapati daripada tindakan yang dibuat itu adalah fokus manusia.


52. Ingat Mencius? Dia juga berkata manusia baik.
e.g Terdapat satu cerita yang diberi oleh Mencius yang mana berbunyi begini -- Terdapatnya satu scene di mana seorang kanak-kanak yang hampir lemas. Detik pertama yang kita berfikir secara automatik adalah untuk menolong kanak-kanak tersebut -- tetapi apabila kita memikirkan bahawa kanak-kanak tersebut adalah anak kepada musuh kita, lalu kita tidak jadi untuk menolong kanak-kanak tersebut. Jadi pemikiran yang pertama yang tidak teragak-agak untuk menolong kanak-kanak itu, menurut Mencius -- adalah menunjukkan 'the true nature of human' -- the second thinking was not. Tetapi second thinking itu adalah bermaksud 'calculation of reason' -- Sementara itu, pemikiran yang pertama yang terus ingin menolong kanak-kanak itu daripada lemas adalah bukannya 'calculation of reason' -- reaksi yang terus ingin menyelamatkan kanak-kanak itu adalah menunjukkan sifat manusia yang sebenar, iaitu compassion.


53. Berkenaan Islam -- kita tidak boleh mengatakan bahawa Islam itu adalah baru.


54. Agama-agama yang berbeza itu adalah selamanya Islam. -- maksud Islam adalah 'submission to God'.


55. Islam sudah pun berada di sana beribu-ribu tahun dahulu tetapi sudah tentulah ianya dipanggil berdasarkan nama yang berbeza -- yang mengikut bahasa kaum pada masa itu.


56. Prophet yang datang pada ketika itu membawa risalah Tuhan dan panduan daripada Tuhan daripada dahulu sehingga sekarang adalah kebenaran yang sama. Selamanya.


57. Tawhid -- telah diajar kepada manusia.
e.g kepercayaan kepada malaikat
      kepercayaan kepada hari pengakhiran
      kepercayaan kepada kitab suci
      kepercayaan kepada beberapa perkara yang telah ditentukan oleh Tuhan -- predestination


58. Islam -- ianya adalah kemasukan semula perkara berkenaan kebenaran yang sama. Tidak kiralah zaman apa sekalipun kita hidup -- human nature yang dicipta Tuhan masih tetap sama -- Kebarangkalian itu adalah sama.


59. Dan juga keperluan bagi human nature juga adalah sama -- e.g manusia memerlukan Tuhan, memerlukan agama, memerlukan kebenaran etc.


60. Walaupun culture manusia adalah berbeza, walaupun hidup dalam zaman yang berbeza -- ianya juga mungkin berubah -- tetapi pada titik-titik tertentu -- human nature kekal sama.


61. Tetapi pada masa kini -- walaupun agama-agama tersebut sebahagiannya musnah, sebahagiannya hilang, sebahagiannya heretic kepada Islam, agama lain mungkin juga diwahyukan oleh Tuhan -- mereka adalah sama tetapi berbeza dalam banyak cara.


62. Orang-orang biasa -- mempunyai masalah berkenaan ini, iaitu samada agama orang lain adalah benar atau tidak.


63. Sekarang, perkaitannya dengan Muslim, di sebalik semua wahyu yang berbeza ini, yang sudah tentulah bukannya man-made, jika mereka datang daripada satu Tuhan -- mereka pastilah mengandung mesej yang sama.


64. Di dalam A/Q -- sudah disebutkan bahawa sesetengahnya diberitahu, tetapi tidak sesetengah yang lain, berkenaan agama-agama yang datang sebelum agama yang dibawa prophet Muhammad ini.



Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?