Self Reflection

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.







1. Salam.


2. Hari ini berjerebu.


3. Aku pelik betul, sampai ke kafe desasiswa Restu jerebu menghinggap. Tahu tak tinggi berbukit kot Desasiswa restu.


4. Jadi, aku tak beli makanan yang dah tercemar dengan partikel2 halus jerebu tu. Aku makan roti je hari ini.


5. Dan aku lapar gila. errr


6. Okay, tadi tiba-tiba2 aku teringat pada peristiwa lepas.


7. Peristiwa yang mana aku ditegur oleh seorang yang berilmu tu.


8. Aku dapat satu pengajaran sebenarnya daripada peristiwa itu.


9. Kalau kita buat silap, kesilapan itu bukan hanya kesilapan kita sahaja.


10. Kesilapan itu juga akan 'dragged' orang lain terhadap kesilapan kita.


11. Contoh, kalau kamu buat jadi anak yang buat benda-benda tak elok, kesilapan itu bukan kamu sahaja yang tanggung, tetapi mak ayah kamu.


12. Sama juga, contoh: kalau aku buat silap dengan sesiapa pun lah, tak kira dengan orang mana, jawatan mana, institut mana, orang mana-mana lah pun.


13. Orang lain akan juga akan ingin ambil tahu, aku anak murid siapa, aku anak siapa, aku pelajar institut mana, aku belajar apa, dan aku ini siapa.


14. Secara tak langsung, orang lain, contohnya, professor2 aku, parents aku, USM institut tempat aku belajar, aku bermajor apa semuanya orang akan kira satu kali untuk menilai aku.


15. Jojo buat salah itu ini - aku reflect profesor2 aku. Orang akan cakap, anak murid dia rupanya. Entah apa lah yang dia ajar kepada aku. Mereka akan anggap lecturer2 aku gagal educate aku.


Profesor2 aku yang akan diheret sekali.


16. Jojo buat salah lagi - aku reflect parents aku. Orang akan cakap, parents aku tak reti ajar aku. Parents aku gagal untuk educate aku.


Parents aku juga diheret sekali.


17. Jojo buat salah lagi - aku akan reflect USM pula, selaku tempat aku belajar. Orang akan cakap: USM menghasilkan pelajar tidak berkualiti.


18. Benda ini mungkin kita tidak perasan, tetapi impaknya sangat besar.


19. Sejak daripada peristiwa itu, aku kini bukan sahaja double, tetapi tripple malah kalau ada perkatan 'fourthple' (ahahahahaha) aku akan lebih berhati-hati.


20. Sebab memang tidak ada moral langsung, apabila kita punya kesalahan, tetapi dalam masa yang sama juga, ia akan 'reflect' orang lain.







p s When you meet someone better than yourself, turn your thoughts to becoming his equal. When you meet someone not as good as you are, look within and examine.

Ewah.




Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?