I'm a 3rd year student!

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Esok, merupakan hari pertama aku bergerak ke USM.


2. Esok, aku gerak jam 6.30 pagi. Aku sepatutnya balik hari ini (ahad) tetapi aku takda mood.


3. Lagipun, untuk hari esok, (isnin), kelas aku hanya ada dua, iaitu minor aku, kajian tamadun dengan kelas FYP - (yang aku tahu, kakak senior kata kelas FYP ni sekejap je, dalam sebulan lebih macam tu sebab hanya untuk bagi penerangan macam mana hendak buat FYP kepada pelajar lepas tu pelajar buat sendiri).


4. Dan juga.


5. Aku kini bergelar TAHUN 3.


I REPEAT.


 I AM OFFICIALLY A FINAL YEAR STUDENT.






6. Aku tak suka. hehe. Aku suka jadi freshieee je, kalau buat salah pun lecturer tak marah sangat sebab freshie, kan blur blur tak tau apa-apa sangat he...he...he...


7. Semalam, sebelum aku balik USM ni, aku sempat berjumpa dengan bekas guru Eng aku. Memang kebiasaannya, sebelum aku balik USM, mesti akan berjumpa dengan dia dulu. Dah terbiasa.


8. Untuk semester 5 ini, aku tengok jadual tadi, aku perlu ambil 4 subjek, termasuk 1 minor dan FYP.


9. Aku tak reti lah nak explain apa itu FYP, (Final Year Project), nanti kalau aku dah terel sikit aku cerita hahaha


10. Juga, semester ini aku tak ambil subjek falsafah dah. Aku perlu ambil subjek tamadun pula.


11. Sebab itu minor aku, Falsafah DAN Tamadun.


12. Tapi, tamadun boring. Hadddduiii rasa macam nak drop subjek ini tetapi subjek ini aku wajib ambil untuk berijazah.


13. Aku dengar-dengar haritu lecturer cakap nak pisahkan falsafah dan tamadun - means falsafah, falsafah je, tamadun, tamadun je.


14. Aku macam pelik dan bagi aku tak realis langsung lah idea lecturer aku ni. Aku takdelah bangkang sangat-sangat, (tetapi kadang-kadang aku selalu bangkang lecturer aku (dalam hati) heheheheh) tetapi fikir logiknya, kenapa pula nak memisahkan falsafah dan tamadun?


Pertama. Murid sedikit. Ada ke sambutan budak nak minor dalam Tamadun?


 atau Falsafah sahaja?


Kedua. Kalau budak tu nak ambil Tamadun sahaja, falsafah macam mana?


Atau kalau budak tu nak ambil Falsafah sahaja, tamadun macam mana?


15. Objektif adalah untuk menaikkan balik 2 subjek ini. Jadi, apa salahnya kalau bekerjasama?


16. Contoh: macam aku, walau aku minat falsafah, tetapi disebabkan dia letak minor aku falsafah dan tamadun, aku TERPAKSA ambil paper tamadun juga. Haaa kan. Memang macam memaksa pelajar, tetapi itulah caranya untuk pastikan pelajar mengambil dua-dua subjek sekaligus agar tidak tertinggal salah satu.



27. Walaupun aku ni selalu berfikir - apalah yang aku buat dalam hidup ni.


Selama 2 tahun belajar ni, apalah yang aku belajar? Apalah input yang aku dapat adapt dalam kehidupan nanti, dalam pekerjaan nanti, adakah aku ni boleh berdikari ke, memimpin ke, jadi macai ke (hahahaha) ataupun...ataupun....ataupun...


Entah aku pun tak tahu mahu menulis apa, aku kini ketandusan idea.


Agaknya perlu lebih banyak baca dan merantau melihat suasana kehidupan luar.


18. Aku harap juga, semester ini adalah permulaan yang baik. Untuk semuanya.




Benda ini selalu terjadi pada aku. Dia kata aku Form3?? Jilake!




PS: Aku rindu 'orang itu'. Semoga dia...baik-baik sahaja walaupun aku kini tidak lagi berada dalam hidupnya.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?