Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, kawan!

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Huh... esok bermulanya ramadhan pertama. Okay mari kita sama-sama bermuhasabah, tidak mengaktifkan diri sedikit di laman sosial, twitter dan facebook. Bagi aku, mungkin blog akan sentiasa update. Boring kan nanti.


2. Sebenarnya, kami pelajar USM masih lagi berperang dengan final exam. Semalam aku habis paper falsafah - paper minor aku. Dua minggu yang lepas paper major critical reading.


Critical lah sangat aku ni. Entah apa yang aku tulis, mesti merapu lebih. Falsafah la katakan.





3. Hidup aku sekarang asyik belajar je. Aku tak keluar. Malam ini first tayangan movie Jurassic Park. Aku nak tengok tapi fikir balik aahhh macam membazir masa je. Dah lah bulan puasa, orang pigi tarawikh aku pigi QB tengok movie tak ke tak patut tu? Baiklah aku menghafal fonetik aku malam ni.


4. Aku kena maintain pointer aku tu, pointer aku semakin nak 'bercerai' dengan aku. Kata nak jadi lecturer yang berkaliber dan vavavoom macam prof aku kan, haaa kenalah jadi rajin dan teliti macam dia. I love you Prof! Love you! Terima kasih selama ini sanggup melayan kerenah gila-gila saya! Saya banyak susahkan prof, minta tolong prof itu ini, whatsapp, email tanya itu ini, tapi prof cool je. I love you!


5. Semalam kan, selepas habis paper falsafah - gang-gang budak falsafah berkumpul sekejap.


6. Salah seorang daripada kami, bakal graduate. Ini adalah last semester dia. Nama dia kak Ain. Dialah yang grad dahulu, senior pun dia.


7. Kalau hendak tahu,  budak-budak falsafah, yang paling muda adalah aku. Akulah dilayan macam puteri dalam tu, semuanya adik hehehe semua sayang pada adik.


8. Abang-abang, kakak-kakak senior semuanyalah kenal aku. Kalau jumpa dengan aku mana-mana tempat kat USM ni, mesti diorang sebut dari jauh Jojooooooooooo!


9. Aku cepat dikenali lagi-lagi sebab aku ni budak falsafah, sikit je budak falsafah dekat USM ni, tambah-tambah pula aku 'spesies terancam' sebab aku ini major ELS, sikit je major ELS tak sampai 10 orang, jadi mana-mana pelajar humanities tahu dah aku ni major ELS walaupun mereka tak kenal secara peribadi.


10. Semasa berkumpul dengan gang-gang falsafah ni, kami buat comeback balik lah, cerita kami.


11. Untuk semester ini, kami tak belajar falsafah bawah seliaan prof lagi. Tetapi belajar bawah pensyarah lain pula.


12. Untuk semester inilah, aku digabungkan dengan senior falsafah - kakak Aina, Kakak Q, abang Steward, Kakak R. Faril pun umur dia jauh daripada umur aku. Aku lah paling muda, (dan paling bising pun (!) tetapi mereka dengar juga pendapat aku. Kadang-kadang, aku sendiri yang ajar falsafah pada mereka kalau mereka tak faham itulah yang kelakar.


13. Kakak Q: seorang yang baik, lemah lembut, tak banyak cakap sangat tetapi dia diam-diam ubi berisi.


14. Kakak R: kakak ni, jarang sikit cakap dengan aku. Mungkin dia malu kot tetapi dia okay.


15. Abang steward: hauhh! ini selalu sensitif dengan aku! Steward ni rupanya, sensitif. Aku selalu mengusik dia. Seorang yang sangat behave, di mana-mana pun sentiasa behave dan nerd sedikit. Jauh lah persoanliti dengan aku tetapi dia boleh juga kadang-kadang gila-gila dengan aku. Anak kelahiran sarawak, bercita-cita hendak buat master di NZ.


16. Faril - wuahhh inilah sahabat sejati aku dalam falsafah. Di mana-mana ada jojo di situ ada Faril, Heh heh. Dia sahabat baik aku berumur dalam lingkungan 30-an, matang lah hendak dibandingkan dengan aku yang baru lepas stpm terus masuk univ kan macam kanak-kanak gitttuw... Dia selalu sama fikiran dan minat dengan aku, kami juga sangat admire prof falsafah kami, dan juga Faril ini champion dalam kelas kalau bab falsafah. Selalunya aku di belakang dia. Kalau aku A-, dia A. Haa macam tulah. Tu sebab panggil dia sifu.


17. Hmm. hendak diimbas kembali, banyak rupanya yang dah aku belajar. Dari seorang pelajar yang cuma ingin suka-suki ambil falsafah, terjatuh cinta pula pada falsafah. Dari zero falsafah, kepada yang tahu falsafah, dari selalu tersenyum je kalau tak boleh jawab soalan, kini akulah si becok yang suka tanya. Boleh katakan juga, walaupun aku bukan major falsafah, tetapi basic aku sangat kukuh dan aku belajar 'from within' - sebab aku belajar daripada yang terbaik, dan pengajar yang terbaik.


18. Ramai orang kata, ambil minor yang ringkas sudah lah, macam psychology ke bulat-bulat je exam dia.


19. Tetapi terbalik pula bagi aku, aku belajar untuk kehidupan bukan sebab 'ingin ringkas dan menaikkan pointer je'. Memanglah aku akui setiap kali exam aku kena bekerja keras sedikit tak macam minor yang ringkas ringkas tu, - aku 70% exam 30% je assignment bertulis, jadi memang kena banyak faham konsep betul-betul. Tetapi aku tak pernah rasa penat walau rasa letih belajar, kalau belajar major aku ada juga rasa letih dan menguap dalam kelas. Mungkin ini namanya 'passion'.




20. Tetapi inilah, minor yang paling berjasa dan paling baik bagi aku. Dulu aku ingin minor masscomm, tetapi bila dah kenal falsafah aku tinggalkan masscomm tu.


21. Kalau Allah memilih aku belajar hikmah (falsafah), mungkin ada sebabnya, sebab bukan semua orang mampu carry subjek falsafah dan bukan semua orang diberi pelajaran hikmah oleh Allah. Yang terpilih dan Dia pilih - yang hatinya mudah terusik pada sesuatu benda kecil itu, akan terpaut pada hikmah.


22. Budak falsafah dah tak baca dah buku-buku sebarangan - kebanyakan dari mereka akan baca buku buku bergenre tinggi, dan sedikit kefalsafahan dan ada idea-idea pemikiran. Bagus juga - sekurang-kurangnya budak falsafah macam aku ni, melonjak ke tingkat tinggi sedikit daripada pelajar yang lain yang masih tengok drama TV3 yang cliche ataupun baca buku cinta novel tak habis-habis. Kalau tengok bilik aku, semuanya buku falsafah yang mendominasi, aku melarang mama aku buang buku-buku tu. Heiii mahu aku jadi Hulk kalau mama buang buku kesayangan aku.


23. Kami bincang juga, kalaulah school philosophy tutup, sebab tak ramai student, habis lah, kita akan kekurangan pelajar yang berfikiran jauh sedikit. Kalau school Humanities tutup school falsafah, aku kutuk humanities sampai tujuh keturunan. Cukuplah di UIA sahaja, school of thought mereka tutup. Jangan Apex okay.


24. Aku selalu berdoa, ingin belajar falsafah di Edinburgh. Heh heh.


25. Tadi mama call. Kata balik tak.


26. Taklah aku puasa di USM ni. Haihhhhh sedih woiii sedih woiii sedih



ps SELAMAT BERPUASA ESOK!

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?