Bersyukur apa yang ada..
Dear reader's..
Assalamualaikum..
Hari ni ceritanya aku pergi ke rumah seorang bekas cikgu aku. Anak dia jatuh sakit, aku pergi ke rumah dia dengan beberapa orang kawan karib, sekelas la. So, on the way perjalanan tu memang la bising sangat haha maklum la lama tak berjumpa dengan diorang semua. Banyak cerita kitorang bualkan dalam kereta. So, aku sebagai driver dengar je la cerita diorang, fokus beb fokus. Diorang duk gelak-gelak kat belakang haha. Macam-macam. Sebelum pergi tu, kami singgah dulu kat kedai buah, nak beli sekali fruit basket untuk anak cikgu. Beli bunga sekali untuk anak dia.
Sampai kat sana, dalam pukul 11 macam tu la. Best jugak, lama tak berbual dengan cikgu, so macam-macam la gelagat dapat dilihat di sana. haha. Tak lama lepas tu, cikgu ajak tengok anak dia kat bilik.. Kitorang pun tengok la keadaan dia, kanser mata. Aku rasa sedih juga tengok keadaan macam tu. Dia sebaya kita. Kedua-dua mata dah rosak dan tak boleh guna. Makan pun rasanya susu je la kot. Rasanya buah yang kitorang bagi tu cikgu je la yang makan kot, dah macam tu keadaannya, kan. Dia dah lama macam tu, yang aku tabik tu, anak cikgu ambil STPM beb. Stp memang susah, dan agak mencabar. Banyak yang kami kena kaji. Tapi, dia sanggup ambil stp selepas spm. How cool is that?? Dengan keadaan dia yang macam tu, dia buta dan menggunakan braille untuk membaca dan belajar. Cikgu ada tunjuk dekat kami buku2 form6 dia. Putih je takde tulisan yang khas untuk orang kelainan upaya macam dia. Setiap muka surat adalah bertulisan braille yang bertebuk2 dan berbentuk sedikit simbol2 titik halus.
Kemudian, tak lama lepas tu, cikgu kata "nak tengok tak mesin type braille?" kami mesti la nak tengok kan tak pernah tengok seumur hidup. Dan, hasil pemerhatian aku, berat jugak bagi seorang student yang macam dia. Dia kecil je orangnya, macam aku je. Berat jugak, nak bawak buku lagi. Cikgu cakap, mesin ni dia letak dalam beg, beserta buku sekali. aku macam.. apa?? Terkedu sekejap. Weih..selama ni aku masuk form6 ni, mengeluh je kerja banyak, buku berat, beg berat, banyak file nak kena bawak setiap hari, tanggungjawab lagi bla bla bla tapi dia?? Dia yang kelainan upaya pun sanggup bawak tu semua. Malu gila aku dekat dia. Tapi itu la kita, manusia selagi tak tengok orang yang lagi susah dari dia selagi tu la dia tak bersyukur dengan segala nikmat yang diberi. Banyak pengajaran yang aku belajar hari ni. Aku doakan semoga anis cepat sembuh. Amin..

Comments
Post a Comment