Hari-hari terakhir bergelar Form6 student

Hello, everyone's!

According to my title - yeah lagi sebulan sahaja nak habis sekolah. Yayy! Lepas ni tak payah pakai uniform sekolah lagi. Lepas ni bertukar jadi orang dewasa la pulak,kan. Masuk uni, bercakap macam orang dewasa, bertindak macam orang dewasa. Pendek kata semua kena matang la kan. Tapi kenapa rasa sedih pulak.. dulu aku yang tak sabar-sabar nak habis sekolah, pelik.

Ala, apa-apa pun, macam ex-teacher aku cakap - enjoy your last moment at school cos you will miss it A LOT after you graduate. Enjoy till the fullest, sebab zaman youth adalah yang paling seronok dalam hidup. Zaman yang penuh kebudak-budakan. haha. Kita imbas kembali detik-detik aku masa mula-mula di SMK Jalan Tasek.

Nama saya Najwa, a.k.a wawa. Dididik dan dibesarkan oleh cikgu-cikgu daripada SK & SMK Tasek Damai. Pendek kata dah lama aku bermastautin di situ. Nak dijadikan cerita, dari tingkatan 1-5, aku belajar banyak perkara tentang hidup. Kiranya masa form5 tu, adalah batch paling bermakna la dalam hidup, bak kata ex-cikgu tasek damai aku la. elehhh

Lepas ambil result SPM, ingatkan boleh pergi jauh dari mama, rupanya, masih lagi tinggal serumah dengan dia. wakakaka. Nak dijadikan cerita juga, kita tak dapat tawaran dari mana-mana university (nampak sangat nak suruh aku buat form6). Entah la, jalan sebagai budak form6 ni sangat la tough. Ex-cikgu pun cakap jangan buat form6, triple kena usaha,tau. Tapi, bak kata pepatah melayu - yang nak tu la tak dapat, yang tak nak tu yang dapat. Dan aku sudah mengenalpastikan akan kesasihan pepatah tersebut. Haha. Dalam sedih selama sebulan tu mengenangkan nasib diri yang dianggap malang berbanding kawan-kawan lain, (aku menangis sebulan hang tau, sebab ikutkan result aku boleh dapat course dekat uni dengan cemerlangnya tapi tak dapat) aku pun meredhakan diri dan sentiasa berfikiran positif.

So, at the end of it, I did the form6,  that was my last option. Tak boleh cakap banyak, mama dah frust sebab ada tolak course yang kita tak suka. So, bulan pertama kat SMKJT, boleh la. Dapat banyak kawan baru, kenal cikgu-cikgu baru, belajar subjek baru, pendek kata semuanya baru. Tapi yang nak tergelaknya tandas perempuan diorang ada sistem tulisan purba wei. Rasanya hieroglyph kot, pandai budak sana melukis ye takjub betul haha.

Itu la yang first aku nampak kat sana. Pada mulanya, masa lower six tu, aku ni jenis tak nak ambil tahu apa yang ada dekat sekolah baru aku tu, orang lain pun aku tak nak tegur, yang aku nak tegur cuma classmate je. Rasa malas la, dah besar (dalam fikiran aku, kita dah tahap pra-U tak payah bertegur sapa sangat dengan budak lower form).
Dan kebetulan, masa lower six tu, aku pengawas sekolah, so terpaksa la beramah mesra dengan budak bawah, haa masa tu la aku kenal beberapa orang cikgu kat sana beserta muridnya sekali sebab selalu berinteraksi dengan budak bawah. Tapi individu yang famous aku kenal la, yang selalu menonjol ke, muka cute dan handsome ke, cepat je la aku cam muka, tapi kalau yang pendiam dan pemalu tu, tak perasan langsung. Tapi yang uniknya, yang aku perasan la kan, jadi budak baru ni sentiasa dikenali.

Fulamak macam famous la pulak. Peliknya diorang tahu la nama aku, padahal bukan diorang tak tahu aku tak kenal sesiapa di sekolah tu. Kalau jalan sebelah aku mesti senyummmmm melebar. Aku senyum je la tak mengerti wakakaka. Budak bawah pulak kalau jalan sebelah aku mesti tunduk hormat - ala macam tunduk hormat jepun tu, hait! haha. specialnya form6 ni, semua orang respect.

Masa lower six jugak, aku dapat masuk unit beruniform yang baru. Puteri islam. Hehe. Dulu aku
ex- PBSM. Aku suka color putih, baju dia cool je, masih simpan dalam wardrobe lagi baju PBSM tu, tapi masuk form6 tu, aku masuk puteri islam. Tak seronok sebab tak faham. Ikut je la apa kawan buat. Lgi satu permainan baru yg aku kenal kat sana - petanque. Dekat tasek damai takde petanque,  tu yang ala-ala sendu tak berapa nak faham mainan dia tu. Actually, to be honest permainan tu bagi kita tersangat la tak mencabarnya.

Memang la susah sebab kena fokus target bola tu, tapi lama-lama cepat bosan la. Tak macam masa aku dekat sekolah lama, aku aktif wakil sekolah dalam softball. Best sangat.. Aku sentiasa diberi kedudukan second base. Rasa rindu pulak nak main toss bola tu.

Kemudian, ada satu hari tu, aku tertegur sorang cikgu ni, dia tak ajar aku pun. Selaku budak baru, mana la aku tahu nama dia apa, kan ke budak baru, so kebetulan waktu tu jalan sebelah dia, rasa macam nak tegur, aku tanya la "cikgu, cikgu petang ke?''. Dia macam marah - eh saya pagi la.
(ibarat macam -awak takkan tak kenal saya kot, saya cikgu pagi) haa macam tu la ceritanya. Serius rasa bersalah waktu tu padahal tak sengaja tanya dia, semenjak hari tu aku tak tegur sangat cikgu yan tak ajar aku.Cikgu form6 je aku ramah mesra, cikgu lain tak ingin nak ambil tahu nama dia apa. Takut jadi insiden yang sama lagi macam tu.

Ada satu hari tu, aku tersesat masa keluar pergi tandas. Dah tak ingat jalan balik ke kelas. Kan ada banyak blok, lupa blok mana satu. haha. Gelak kat diri sendiri je masa tu. Hari-hari seterusnya, classmate 6AK2 macam family. SMKTD dgn SMKJT macam dah lama kenal. Dah la bising, kaki menyembang plak tu, yang tak tahannya kaki makan dalam kelas, tak sedar diri tu pengawas, form6 yang kena jadi contoh pada budak2 lain tapi tetap jugak melakukan kesalahan tu hahaha. Tapi kami peduli apa, line clear, cikgu takde cantikkkk.
Lagipun bila fikir balik, kami dah besar, dah terlampau lama bersekolah so rasanya kami sepatutnya dibolehkan je buat macam tu, kan dah besar. hehehehe.

Adik-adik jangan ikut kakak buat macam ni tak baik. Akak muka je skema tapi perangai tak skema pun. Rasa tak best terlampau mengikut peraturan sekolah ni. Skema sangat. Zaman skema aku dah habis dah. Itu la yang aku fikir. Lepas tu, macam biasa la kan, belajar tajuk baru, subjek baru, memang lain sangat. Masa mula-mula tu, merangkak-rangkak juga la nak memahami apa yan cikgu ajar tu, rasa lain sangat tak boleh dibandingkan masa spm dulu. Mengaku juga waktu tu, lower six belajar atas angin je, main je banyak. Tapi naik je upper six, baru la faham apa yang cikgu ajar tu.

Lagi satu, kenangan yang tak dapat dilupakan apabila aku diperkenalkan dengan group cikgu2 lelaki dekat sana. Diorang semua cikgu disiplin, selamba kerek je aku ponteng kelas waktu tu dengan kawan baru aku dari jalan tasek tu (sebab perkara normal cikgu banyak tak masuk masa awal-awal bulan lower six tu). So, aku berjalan-jalan la tawaf satu sekolah, kemudian diperkenalkan di bilik "JIWA LARA". Mula-mula nak tergelak jugak, apa benda jiwa lara tu? Rupanya bilik tu la bilik cikg dusiplin untuk cikgu2 lelaki dekat sana. Ala, sebelah surau sekolah tu.

Rasa nak tergelak pun ada. Eceh, masa mula-mula, aku kan budak baru, diorang sibuk la tanya aku siapa, dari sekolah mana. Keesokan harinya, dah jadi mesra dengan diorang. Ada sorang tu macam papa kita. Baik sangat, rapat dengan kita.

Tapi, yang kelakarnya, aku takkan lupa waktu upper six tu. Ada peristiwa sedih, gembira, kecewa semua ada. Gaduh sesama sendiri (salah faham je sebenarnya), gembira tanpa sebab (itu memang selalu terjadi di dalam 6AK2 haha), buat lawak-lawak bodoh dalam kelas sentiasa jadi rutin harian kami. Hmm. mesti rindu batch aku tu. Tapi dalam bergelak ketawa tu, kalau bergelar budak form6 tu tak sah kalau tak stress. Memang la stress kerja skolah banyak sangat. Dinasihatkan, berdasarkan pengalaman, kalau dapat tawaran diploma tu, pergi je la jangan teragak-agak. Kalau masuk STPM pun boleh tapi jalannya sangat la penuh dengan duri ikan buntal. Hanya orang-orang yang tough je boleh bertahan dekat form6 ni, kebanyakannya cabut lari separuh jalan je.

Tapi, ganjaran pahalanya sangat la banyak. Kami bersusah-susah payah di akhirnya boleh terus buat degree. Tapi semasa perjalanan nak menghabiskan form6 tu memang la sangat menyeksakan, aku sampai nangis-nangis jugak nak release tension. Ada orang kata budak form6 ni matang dan lagi hebat kalau dekat university kalau nak dibandingkan dengan budak matrik. Betul ke?
Rasa macam budak lagi ada, haha.


p s selamat berjaya semua classmate 6AK2&AK3! Jumpa di university wei!

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?