Selamat menyambut bulan Ramadhan. !! :)
Dear readers, Assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. Tamat sudah perjalanan hidupku di USM untuk semester kedua ini. Wuargghh seronok gila! Banyak suka dan duka, (tapi lagi banyak suka, duka sikit je sebab aku bukannya individu yang suka sangat menyedihkan diri sendiri) tetapi yang paling saya seronok adalah kepuasan belajar. Saya sangat puas dapat belajar subjek2 yang bagi saya unik dan penuh hikmah, yang dapat membantu saya untuk mencari hakikat hidup ini, serta mengenali diri saya sendiri. Semalam baharu habis final exam. Rasa heaven sudah habis, lepas tu masuk bilik hostel nyanyi sorang2 dengan cubixmate hahahah!! Setelah derita enam bulan kerana kerja terlampau lah banyaknya, kuliah pula macam haram setat jam 8 pagi, (memang cerita dia banyak kali juga terlepas kuliah sebab selepas solat subuh tidur balik sebab mengantuk sangat), tapi nasib baik yang saya terlepas tu tidaklah penting sangat. Profe...