Posts

Showing posts from September, 2023

Falsafah dan realiti

Dear readers. Salam.  1. Perjalanan yang paling saya ingat sepanjang 30 tahun saya hidup, adalah mengenali diri sendiri.  . . 2. Mungkin kedengaran agak existential bagi sesetengah orang, manakala yang lain tak pernah pun mendengar apa bendanya existential.  . . 3. Semasa saya tahun dua di universiti, disebabkan saya sangat rajin geledah buku falsafah di rak rak falsafah di libray universitiku, saya banyaknya terkejut pasal kehidupan, idea, teori dan cara pandang hidup pemikir itu.  . . 4. Saya tak sangka perkara yang paling penting di dunia adalah mencari diri sendiri. Yang saya pelajari dahulu adalah kepentingan akademik dan kerjaya.  . . 5. Kau nak kerja bagus bagus, ada pangkat, kau kena akademik bagus. Kalau kau tak bagus, maka tipislah peluang itu. Orang akan memandang kau rendah. Tak ada qualification, bermakna kau gagal dalam hidup. Yang berjaya cumalah orang yang pandai akademik.  . . 6. Sampaikan saya pernah berfikir, penumpuan akademik adalah paling penting dalam hidup. Tapi