Posts

Showing posts from January, 2022

Pendidikan seksualiti di sekolah: satu analisis

  Soalan segmen temu ramah 1. Apakah pendapat cikgu terhadap pelancaran pendidikan seks dalam pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah? Bagi pendapat saya, sebagai seorang pendidik, pelancaran pendidikan seks dalam silibus pendidikan di sekolah adalah kena dengan masanya dan bertepatan dengan situasi semasa pada masa kini. Hal ini kerana, keadaan perilaku masyarakat adalah berlegar dalam budaya hypersexuality iaitu banyaknya berpunca daripada media. Pada zaman dahulu, media tidak begitu meluas penggunaannnya. Berbanding sekarang, media telah menjadi alat manusia untuk berkomunikasi dan manusia merealisasikan eksistensi diri mereka di dalam media; berbanding generasi dahulu yang lebih konservatif dan tertutup. 2. Adakah pendidikan seks sejak sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan satu perkara yang penting? Seperti yang saya katakan di atas, ia kena pada masanya akibat daripada penyalahgunaan media massa secara berlebihan. Sebagai guru, hal yang merisaukan saya adalah h