Petua sesepuh Melayu
1. Betul, ada ilmu dan petua sesepuh (nenek moyang) tidak boleh dikongsi sebarangan nanti dijadi fitnah. Fitnah terjadi bukan sebab ilmu itu sendiri tetapi sebab si pendengar yang jahil, maka dia menyebarkan sesuatu yang tidak betul. 2. Contohnya, dalam tradisi Islam aurat perempuan seperti rambut dibahaskan dalam banyak kitab klasik, tidak ada persetujuan besar bahawa rambut itu aurat perempuan. Tetapi jika di dengar oleh mereka yang jahil, maka dikatakan ilmu dan pendapat ini liberal atau sesat. 3. Contoh seterusnya, ada petua sesepuh Melayu kita yang jika di dengar oleh sebahagian mereka yang tidak pernah tahu akan dituduh petuah itu syirik lagi khurafat. 4. Contoh seterusnya, pada pertengahan 50an lewat 60an almarhum Syed Hussein Alatas telah berdebat dengan MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) tentang pembedahan kornea mata. Bagi almarhum Alatas, dibolehkan derma kornea mata menurut ilmu sains dan dalil ugama sendiri tetapi bagi MUIS derma kornea mata diharamkan kerana menurut dali...