A Day with my Little Monsters in Class(!) YIKES!
Dear readers, Salam. 1. Aku sudah hampir masuk 5 bulan setengah mengajar di Kuala Kangsar. Aku dapat sekolah luar bandar. 2. Semua anak muridku semasa pertama kali berjumpa denganku dan 2 bulan yang pertama itu macam teruja betul tengok aku. 3. Ke, ini memang semua guru baru merasai experience ini? Haha. Serious, bodoh. Rasa macam public figure. 4. Aku sebenarnya walaupun sejenis suka bercakap dan gila-gila sedikit, tapi aku tak berapa suka sangat orang kenal ke aku. Cis. 5. Dan, kamu tahu tak. Aku sudah jadi rebel semasa aku baru 2 bulan menapak di sekolah itu. Kah!kah! Ini semua ajaran Dr Maszlee lah ini! 6. Ya, kawan. Dr Mszlee itu bekas pensyarahku. Hubungan kami professional tapi baik. Bila berjumpa seperti kawan baik. Ya, aku ada connection terus kepada seorang menteri. Tapi bagiku, beliau tetap pensyarahku yang mesra dan gila-gila. 7. Tapi apa pun bendanya, aku mau menegakkan apa benda yang patut didapati oleh murid. Bagiku, walaupun soal guru adalah pentin